DATAstudi Information

Home » Download » mIRC dan Proses Pemasangannya

mIRC dan Proses Pemasangannya

mIRC adalah sebuah program dalam Bahasa Inggeris. Tidak perlulah anda bersusah-payah mencari versi Bahasa Melayunya kerana memang tiada!

mIRC sebenarnya tidaklah begitu sukar bagi pengguna yang menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris dalam kehidupan sehari-hari. Hampir kesemua butang dan fungsi yang ada adalah mudah untuk difahami meskipun pertama kali menggunakannya. Mungkin terdapat sedikit kekeliruan bagi anda yang pertama kali memasang dan menggunakan mIRC, tapi jangan risau kerana teks ini akan membantu anda.

Segala maklumat dalam teks ini diterjemah oleh Naim a.k.a Hotfloppy. Teks asal telah ditulis oleh Tjerk Vonck dan boleh didapati dari http://www.mirc.co.uk/translations/english.txt Anda boleh mengemukakan sebarang soalan berkenaan mIRC kepada help@mirc.com, tapi ingat, hanya dalam Bahasa Inggeris.

Apa itu IRC.
IRC (Internet Relay Chat) adalah suatu tempat perjumpaan maya dimana orang ramai dapat berjumpa dan berbual, dengan menaip. Sebagai pengguna, anda menggunakan mIRC; sebuah program kecil yang disambung ke pelayan di dalam jaringan IRC. Kesemua pelayan adalah bersambung diantara satu sama lain dan menghantar mesej dari pengguna kepada pengguna yang lain di dalam jaringan IRC. Anda dapat menyertai kumpulan perbincangan di salah satu daripada ribuan saluran IRC, di salah satu daripada ratusan jaringan IRC, atau sekadar berbual secara peribadi bersama keluarga atau kawan, dimana saja mereka berada. Anda dapat melihat pelbagai ragam dan minat manusia, idea, dan isu di dalam IRC.
Apa itu mIRC.
Untuk menggunakan IRC, anda memerlukan sebuah program kecil seperti mIRC, sebuah klien IRC untuk Windows yang diaturcara oleh Khaled Mardam-Bey. Untuk pengetahuan anda, mIRC adalah sebuah perisian perkongsian. mIRC merupakan sebuah klien IRC mesra-pengguna yang dilengkapi dengan menu pilihan dan peralatan. Anda boleh memuat-turun mIRC secara percuma dari laman web mIRC di http://www.mirc.com/
Dalam teks bantuan ini, kami akan membantu anda memuat-turun, memasang dan menggunakan mIRC.
Bagaimana untuk menyertai IRC.
Jangan bimbang, kami akan membantu anda dalam proses memuat-turun, memasang dan menggunakan mIRC. Jika anda telah sampai ditahap ini, anda pasti akan berupaya untuk mendapatkan dan memasang mIRC pada PC anda, jika tidak hari ini mungkin esok! Anda hanya perlu baca dan ikut sahaja arahan yang tersedia. :)
Jika anda tidak faham atau sedikit *blur*, baca semula perenggan tersebut. Jika masih *blur*, tinggalkan sebentar teks ini dan cari bahan sampingan. Saya ingin mencadangkan IRC FAQs di http://www.mirc.com/ircintro.html Ingat, terdapat banyak bahan bantuan dan maklumat, dan anda hanya perlu baca dan teruskan membaca. :)
Bagaimana untuk memuat-turun mIRC.
mIRC dikeluarkan dalam bentuk program-pemasangan-automatik yang akan memasang mIRC ke dalam PC anda. Ianya sama sahaja seperti program Internet yang lain. Mula-mula, anda perlu menentukan jenis mIRC yang ingin anda gunakan. mIRC terbahagi kepada dua jenis; 16 bit dan 32 bit. mIRC 16 bit adalah khusus bagi sistem pengoperasian 16 bit seperti Windows 3.1 dan 3.11. Manakala mIRC 32 bit adalah untuk sistem pengoperasian 32 bit seperti Windows 9x, ME, NT, 2k, XP dan yang terbaru (jika ada).
Macamana? Dah tahu mIRC jenis mana yang anda perlukan? Bagi mIRC jenis 16 bit, program-pemasangan-automatiknya dinamakan mircxxxs.exe. Sebagai contoh, mirc591s.exe. Nampak huruf ‘s’ diakhir nama program? Ianya bermaksud ‘sixteen’. :) Manakala bagi mIRC jenis 32 bit, programnya dinamakan mircxxx.exe. Sebagai contoh, mirc614.exe.
Sekarang anda pasti telah bersedia untuk memuat-turun program-pemasangan mIRC yang anda perlukan dari laman web mIRC. Buka pelayar-web anda dan pergi ke http://www.mirc.com. Seterusnya, pergi ke download page dan anda akan melihat senarai sambungan-muat-turun yang banyak. Jangan risau, kesemua sambungan tersebut memberi anda program yang sama. :) Tapi pilihlah sambungan yang terdekat dengan negara anda. Ini akan mempercepatkan proses muat-turun. Simpan program-pemasangan di dalam direktori atau folder yang mudah untuk anda cari. Cadangan : Desktop!
Sila bersabar kerana proses muat-turun akan memakan sedikit masa. Cadangan : Anda boleh sediakan secawan Milo dan nikmatinya sementara menunggu proses muat-turun selesai. :)
Apa yang perlu dilakukan seterusnya? Memasang mIRC!

Sekarang anda telah selesai memuat-turun mIRC dan bersedia untuk memasang mIRC ke dalam PC. Ingat lagi nama program-pemasangan yang anda muat-turun? Cari program-pemasangan tersebut dan dwi-klik padanya. Ia akan memulakan proses pemasangan mIRC. Program tersebut akan meminta anda membaca lesen pengguna, baca dengan berhati-hati. Setelah selesai, klik pada ‘Yes’. Setelah itu, anda akan diminta destinasi program;’Destination folder’; tempat dimana mIRC akan dipasang. Kebiasaannya program akan mencadangkan C:\mirc\ dan ini sudah memadai. Klik pada ‘OK’, ‘Install’, dan…. siap!!

Program-pemasangan akan meneruskan kerja-kerja pemasangan. Sila bersabar….
Mulakan mIRC untuk pertama kali.
mIRC sekarang telah siap dipasang dan sedia untuk digunakan. Sebelum anda teruskan, pastikan anda telah bersambung ke Internet. Macamana untuk bersambung ke Internet? Macam biasa, gunakan modem. :) Sekarang cari ikon kecil mIRC di dalam Start Menu, di dalam kumpulan program mIRC, atau pada dekstop. Klik atau dwi-klik ikon tersebut untuk memulakan mIRC.
mIRC akan dimulakan untuk pertama kalinya dan menu Options akan dipaparkan. Anda perlu mengisi sedikit maklumat. Untuk permulaan, hanya kekotak ‘Connect’ yang penting. Ianya adalah pilihan yang pertama dan teratas dalam senarai menu di sebelah kiri kekotak. Abaikan pilihan yang lain. Isikan Full Name, E-mail Address, Nickname dan Alternate;
Full name: Nama anda (contoh: Naim)
E-mail address: Alamat email anda (contoh: any@thing.com)
Nickname: Apa-apa sahaja yang mengandungi 1-9 huruf, digit atau aksara tertentu spt ; _ ^ ; (contoh: n4m_h0tfoppy)
Alternate: Ini berguna apabila seseorang telah menggunakan nickname yang anda pilih, anda akan secara automatik dikenali dengan alternate nickname. :) (contoh: n4m_h0tfoppy2)

Anda boleh memilih pelayan IRC yang lain jika mahu, tetapi Webnet Random Server sudah memadai. Anda boleh mengosongkan Full Name dan Email Address jika anda ‘tidak mahu dikenali’. Oh, nampak kekotak-tanda ‘Invisible mode’? Saya cadangakan supaya anda mengaktifkan mod itu supaya anda dilinduingi dari tersenarai di dalam ‘pencarian-keseluruhan-pelayan’.
Setelah segalanya siap, klik pada bebutang ‘Connect to IRC Server’ dan anda akan terus dibawa ke sebuah dunia baru….IRC!! Tahniah!! Dan yang lebih menyeronokkan; anda tidak perlu lagi mengulang kesemua perkara ini lain kali. :)
Apa yang sedang berlaku?
Bertenang dan lihat sekeliling… Pelbagai perkara sedang berlaku. mIRC telah bersambung ke pelayan IRC yang anda pilih. Pelayan akan menghantar sedikit mesej tentang status sistem kepada anda di dalam tetingkap Status. Kekotak mIRC Channels Folder juga akan muncul. Lihat dengan teliti; ia memaparkan pilihan untuk saluran (channel) IRC yang terkenal dan digemari ramai. Anda mungkin ingin mencuba salah satu dari saluran tersebut. Anda hanya perlu dwi-klik pada saluran yang anda mahu daripada senarai yang tersebut.
Apabila anda memasuki saluran, tetingkap baru akan dibuka. Nama yang tertera pada sebelah kanan adalah nama mereka yang sedang berbual di dalam saluran tersebut. Pada bahagian kiri anda pula adalah tempat dimana segala yang dibualkan dipaparkan. Hrmm.. cuba kata ‘Hi! ‘ pada mereka. Macamana? Hanya taip ‘Hi! ‘ pada kekotak dibawah tetingkap saluran dan tekan Enter…… Senang kan? Selamat berbual. :)
Wah, seronoknya!
Ya, memang seronok.. Seperti yang anda nampak, ianya tidak susah untuk memasuki IRC. Dan sekarang setelah anda sampai ke tahap ini, terdapat banyak lagi untuk diketahui. Senarai pendek yang anda lihat sebentar tadi masih tidak mencukupi. Masih ada beribu saluran di dalam IRC. Ha! Betul ke? Ya, betul. Anda hanya perlu taip /list untuk melihat senarai kesemuanya. :)
T I P:
Pada menu Commands – atas sekali, pada skrin – kesemua arahan perintah mIRC yang mudah boleh ditemui. Ianya amat berguna jika anda tidak mengetahui apa yang sedang anda lakukan.
Anda boleh menukar jaringan IRC dengan mudah. Cuma buka kekotak Connect (File > Options > Connect) dan pilih jaringan atau pelayan IRC yang anda mahu. Klik pada bebutang ‘Connect to IRC Server’ untuk menukar jaringan atau pelayan. Mahu cuba?
Jika anda mahu menemui kawan anda di dalam IRC, pastikan anda menggunakan jaringan IRC yang sama. Mengetahui saluran untuk berjumpa tapi tidak mengetahui jaringan yang harus digunakan samalah seperti mencari alamat rumah tetapi tidak mengetahui didaerah mana rumah tersebut berada.
Sekarang anda telah memasang mIRC dan mempunyai sedikit maklumat tentang cara menggunakannya, terpulang pada anda untuk menambah ilmu dan pengalaman. Pada mulanya, segala agak mengelirukan tapi anda hanya perlu terus menggunakannya(mIRC). Dan jangan lupa; ada ramai kawan yang boleh membantu anda jika anda mempunyai masalah… anda hanya perlu bertanya! :)
Anda boleh keluar dari IRC dengan meng’klik bebutang disconnect yang berada di atas-sebelah-kiri. Sebelum keluar, saya cadangkan anda mencuba bebutang yang lain. Mungkin anda perlukan bebutang tersebut lain kali. :)
Maklumat tambahan.
Untuk mendapatkan lebih maklumat, sila ke laman web di bawah: Laman web rasmi mIRC
Menu HELP pada mIRC juga dapat memberikan anda maklumat. Seperti yang dapat anda lihat, mIRC mempunyai dua teks bantuan; untuk mIRC sendiri dan untuk IRC secara amnya. Teks IRC Intro telah pun saya sentuh sebelum ini dan saya mencadangkan supaya anda membacanya selalu, mungkin terdapat maklumat yang berguna untuk anda. IRC Intro menerangkan hampir kesemua perkara yang mungkin akan anda tempuh di dalam IRC dan ia juga memperkenalkan tabiat pelik dan melucukan mereka yang berada di dalam IRC kepada anda.

Semoga anda menghadapi dunia baru ini dengan penuh keceriaan.

Versi asal dalam Bahasa Inggeris oleh Tjerk Vonck
Diterjemah oleh Naim a.k.a Hotfloppy hotfloppy@malaysia.com www.hotfloppy.cjb.net
© Copyright 1995-2004 Tjerk Vonck & mIRC Co. Ltd

Detail: http://www.mirc-help.de/translations/malay.html


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Toko belanja online menyajikan model yang unik dan berkarakter, lebih mudah memilih, menemukan, dan memiliki model favorite Anda. http://www.usrotun-store.com

Masukkan alamat email Anda untuk berlangganan melalui email.

Join 7,827 other followers

DATAstudi Information

Recent Posts

%d bloggers like this: